Khamis, Disember 29, 2011

APE??

Salam,

Waktu ni tak tahu dengan sape aq nak luahkan perasaan nie. Tuhan saja yang tahu..damn it!

AKU TAK BOLEH FOKUS STUDY..better QUIT..

Aq xfaham la kenapa mesti...kenapa terjadi...serrabuuttt!!

Isnin, September 05, 2011

aq dah delete...dah delete dahh....betul dahh...!!!!

Salam

Untuk sayangku yang menegur...dah delete da post...hehehe

itu je utk artikel nie...

Sekian.

Khamis, Julai 21, 2011

Menyediakan servis laptop, PC dan printer...murah wooo!!!

Salam...







Saya menawarkan servis format, repair dan jualan Laptop, Komputer dan Printer dengan harga yang menarik. Antaranya:-

1) Servis membina/format semula operating system Laptop/PC = RM40+ Warranty sebulan
2) Servis printer dan jualan Ink/Catridge = Harga ikut pasaran semasa
3) Menambah atau mengganti hardware laptop/PC = Harga mengikut pasaran semasa
4) Membaikpulih LCD screen Laptop pelbagai jenama dan saiz= Harga mengikut pasaran semasa
5) Menjual Laptop/PC baru dan terpakai
5.1 Netbook Pelbagai jenis = Harga serendah RM1200
5.2 Notebook pelbagai jenis = Harga serendah RM1499
6) Konfigurasi Firewall untuk kegunaan ofis (Small & Medium Business)= RM2000 (mengikut aplikasi yang digunakan)


Penghantaran sekitar Shah alam, Puchong, Subang Jaya adalah percuma
* Luar dari kawasan charge RM50

*Setiap harga adalah mengikut pasaran semasa. Pihak kedai89 berhak menukar sebarang sebutharga Laptop/PC/Printer mengikut harga pasaran semasa.

Sebarang pertanyaan sebutharga dan servis, SILA dail 0192535289.

Selasa, Jun 28, 2011

Kehidupan semalam, hari ini dan esok

Salam,

Ini adalah kisah hidup aq sebagai seorang manusia biasa yang selalu membuat salah, silap apatah lagi dosa. Aq insan biasa yang sangat lemah dari segala-gala sudut.

Tapi....itu adalah semalam. Bermula hari ini, esok dan akan datang...aq cuba sedaya upaya menjadi insan yang lebih baik, mulia dan beragama. Islam itu agama kita yang perlu kita sanjung tinggi dan perlu kita banggakan. Bukan sekadar tercatat pada kad pengenalan kita, tapi kita perlu menjalani semuanya sebagai seorang islam.

Dulu, aq selalu tinggalkan solat, tidak menekankan akan dosa dan pahala. Tidak beribadah. Jauhnye aq tersimpang..gelak ketawa bersuka ria...Lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia. Sedangkan aq tahu bahawa kita akan kembali kepadanya kelak. Dan segala perbuatan kita akan dihitung...samada lebih berat dosa atau lebih berat pahala semasa hidup didunia. Teruknye aq...tinggalkan solat sampai hampir terlupa bacaan dalam solat dan perkara yang paling basic dalam melakukan solat. Ya ALLAH, jauhnya aq...

Dan hari ini, aq berazam untuk mengubah segalanya...menunaikan segala yang wajib...yang dituntut...INSYAALLAH.

Doa-doakan aq menjadi insan yang lebih baik ye..

Dalam solat semalam, aq sampai menangis...

Ya ALLAH Ya tuhanku, ampunkan segala dosa-dosaku,teman-temanku, sahabat-sahabat dan kedua ibubapaku. Lindungilah hambaMu yang lemah ini. AMIN.

Jumaat, Mei 27, 2011

Hantaran untuk aq

Salam,

Hantan untuk aq:

1) Clinique Perfume for men



2) Kasut


3)  Set wallet dan belt


4) Set pencuci muka Loreal Men Xpert







5) Chocolate Bounty



6) Kemeja Seed/Padini



7) Sirih Junjung






8) Jam Tangan





9) Kain Songket






10) Cupcakes





11) Akan ditetapkan oleh Cik Isteri
12) Akan ditetapkan oleh Cik Isteri
13) Akan ditetapkan oleh Cik Isteri


Hari-hari ke hari tersebut....:)

Salam,

Hari ini hanya tinggal 168 hari sahaja lagi menuju ke alam perkahwinan. Apa yang aq perlu ada?

Aq perlu sediakan diri dengan :

1) Duit
2) Pikul tanggungjawab
3) Fizikal dan Mental
4) Agama


Ulasan untuk yang diatas:

1) Duit tu insyaallah akan usahakan dengan cara apa sekali pun dan mungkin buat sederhana je. Lagi pun, agama kita pun menuntut supaya bersederhana dalam segala kehidupan didunia.

2) Lepas nie, aq akan menambah lagi tanggungjawab diri iaitu mendidik isteri ke arah yang lebih baik dan menjadi isteri yang solehah. Amin

3) Fizikal dan Mental- Aq akan siap sedia mental aq nie supaya bini aq xmental dengan aq...heheheh....dan aq akan sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala kemungkinan, suratan dan dugaan hidup berkeluarga. Fizikal kene sediakan tak? kene ehh....okeh, aq juga akan sediakan fizikal yang mantop! untuk segala pekerjaan dirumah. Takkan la nak suruh bini angkat bende-bende berat...kejam woo...aq nie baik hati, tak nak bini denn susah-susah..Peranan seorang suami ialah membantu isteri membuat semua kerja di rumah. Bantu membantu lah sesama. Itu akan lebih cool....:)

4) Dari segi agama, aq memang selalu bocor la bab sembahyang nie. Aq akui dan aq ada keinginan untuk berubah kejalan yang lebih baik. Selalu jaga solat dan selalu mengaji. Itu adalah wajib...dan insyaallah niat yang baik, Allah sentiasa kuatkan kita menuju ke arahnye. Dan....bila dah berumah tangga, adalah menjadi tanggungjawab aq untuk menegur, nasihat dan membimbing isteri supaya sama-sama membuat segala yang dituntut tersebut. Insyaallah.





Semalam, hari ini dan esok

Salam 1 Malaysia,

Semalam adalah semalam, harap hari ini dan esok akan lebih baik dari semalam. Inilah diri aq yang selalu dan suka mengimbas hari-hari lepas yang telah dilalui. Aq akan imbas kembali semua yang telah dijalani samada ia memberi manfaat atau sebaliknye. Kita nie manusia biasa yang mana selalu je berkawan dgn kesilapan. Tapi kita perlu sedar dan berubah untuk  tidak melakukan kesilapan sama berulang kali. Ye, aq akur dengan semua perangai aq yang sedia ada. Kadang-kadang bila penat balik keje, muka masam...tak ada mood...dan rasa nak duduk diam je (tak hyper la)..Tapi....semua tuh adalah emosi kita, perasaan kita yang mana kita boleh control dia. Jangan lah kerana penat bekerja, orang lain menjadi mangsa untuk kita lepaskan. Aq cuba jaga perasaan orang sekeliling aq dengan sebaik mungkin. Insyaallah.

Khamis, Mei 26, 2011

Tudung oh tudung!!

Salam....:)



Tajuk pun tudung kan?? mestilah berkenaan si tudung nie...huhu.
Actually nak citerrr something berkenaan kes tudung nie...
Kita mulakan dengan bismillah ye kawan-kawan. Dan tersebut al-kisah aq dan cik bini ke uptown Shah Alam untuk mencari tudung. So, kami pun pusing-pusing laa sekitar uptown untuk cari tudung. Katanya nak cari tudung "jojet", betul ke idakkk aq eja nie...tettt...(baru belajar dari cik bini) hihiih.. dan jumpalah kedai-kedai tudung yang cantik-cantik dan pelbagai pilihan, pelbagai jenis, pelbagai warna dan pelbagai harga. Aq rasa pening la cari tudung sebab banyak sangat la pilihan. Bila cari tudung je, datang la sawan aq iaitu "sawan muka blurr". Nasib baik xda buih macam sawan Bab 1..hehehe...So, cik bini pun tanya pendapat aq, tudung mane nak dia pakai. Tapi aq nie kayu sikit bab2 pilih tudung, baju kurung dan lebih-lebih lagi warna. Memang fail laaa..!!! Kalau exam tuh memang bawah sikit dari "G"...huhuhu..(sorry syg)

Pengetahuan aq tentang tudung sekitar 2011 nie yee...aq tau tudung bawal, selendang dan tudung bibik je...yang lain belum explore mungkin sebab aq xpakai tudung kot...hehehe...klu aq pakai mmg macam pondan tak siap la...muntah friskies la jawabnye sape yang tengok. Dan aq dah melalut nie...Back to our story pasal tudung la ye. So, cik bini minta pendapat aq yang mane ok dia nak pakai untuk ke cameron nie. Aq pon blurr dan bg mimik muka yang buat dia tension..."lain kali xyah ikut la, biar syg g sorang pon xpe". Aikk, sama je skrip macam mama dennn....so, kesimpulan dia, aq mmg blurr bab nie...kadang-kadang barang aq sendiri pun aq blurr nk pakai ape...tgk la fashion aq, makin lama makin sengal je...entah pape pakai...dah macam apek jual CD harem pon ada...Dah takde seni kot...huhuh...(syg, format b balik ea) kasi install Windows fashion baru...huhuhu...

Penutup: Cik bini tak jadi beli tudung dan aq kene marah!! aiiyooo, dia ngajuk...aiyooo...xtauuu sape buat....

B nanti akan belajar lebih bab-bab mencari tudung nie dari semasa ke semasa....ILYSM laa!!

Rabu, April 06, 2011

Coklat Pelangi Band- Tetap Bersamaku

 http://www.youtube.com/watch?v=vFqdn6V49Pc

    Na na na na nan naaa


    Lenguh kakiku berjalan jauh

    mencari tempat persinggahan

    Walau dimana akan ku berada

    Kau tetap bersamaku


    Jalan yang ku tuju penuh liku

    Dipenuhi mawar berduri

    Ku tempuh jua walau terseksa

    Kau tetap bersamaku


    Jangan..jangan kau pergi jauh

    Oh jauh dariku

    Kerna ku pasti jalan kita

    Sepastinya jelas dan lurus


    Dan jangan kau toleh kebelakang

    kerana tiada siapa menunggumu

    maka gelap kan menantimu


    Kau tetap bersama ku

    Dan terus bersama ku

Jumaat, Februari 25, 2011

Hujung Dunia

Kau akan ku tunggu sehingga hujung dunia
Kau akan selalu bersamaku
Biar masa pergi
Biar masa tinggal kita
Kau akan selalu bersama
Biar semuanya yang indah
Biar semuanya yang indah
Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama mimpi kita
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta
Kau akan ku tunggu sehingga hujung dunia
Kau akan selalu bersamaku
Biar masa pergi
Biar masa tinggal kita
Kau akan selalu bersama
Biar semuanya yang indah
Biar semuanya yang indah
Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama mimpi kita
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta
Biarkan semuanya indah
Biarkan semuanya indah
Kau akan ku tunggu sehingga hujung dunia
Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama mimpi kita
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta
Biarkan semuanya indah
Biarkan semuanya indah
Kau dan aku mungkinkah kau akan percaya bersama suci cinta
Apa daya yang mungkin ku rasa mungkinkah ini semuanya dusta
Biarkan semuanya indah
Biarkan semuanya indah

Hanya sedikit luahan

Salam,

Cinta, itu dulu
Sekarang Derita
Kasih, itu dulu
Sekarang Disisih
Sayang, itu dulu
Sekarang kurang

Dah terlambat untuk mengembalikan kemerahan CINTA tuh kerana semua dah terjadi dan takkan terulangi
Setiap detik, setiap lafaz, setiap nada..semuanya ikhlas. Mungkin dulu aq yang berjanji akan menjagamu, tapi siapa yang tahu betapa sedihnya hati ni.

Jika terasa dengan sahabat, tak sebegini rasanya
Jika terasa dengan adik beradik, tak sebegini rasanya

Tetapi terasa dengan orang yang dicintai, dikasihi dan disayangi, memang terasa terhina dan tak bermakna.

Lirik yang aku cipta bersama melodi yang dinamakan

Radin CNP-Dalam Diam Aku Menangis Album solo Ku Bawa Hati Yang Luka

     Am                   Dm
Jangan kau tangiskan lagi.
Em                       Am                 
Kau hanya ingin kau tahu
                      Dm
Betapa ku merinduimu
 Em                Am
Sedalamnya....

      Am                     Dm
Jangan kau tangiskan lagi
Em                      Am
Ku hanya ingin kau tahu
                       Dm
Betapa ku cintaimu
 Em           Am
Sedalamnya

                      Dm
Jika ini suratannya,
G                        C     Bm Am
Ku kan pergi dari cintamu
                           Dm   
Ku tak sanggup dilukai
Em           Am
Menderita...

                             Dm
Ku harap kau menerima
       G             C Bm Am
Suratan dari ilahi
                               Dm
Yang kita tidak bersama
Em          Am
Tak bercinta..

                                Dm                
Ku harap engkau memulakan
G          C Bm Am
Suatu hidup baru...
                            Dm
Bersama teman baru mu
 Em                       Am
Dan kecapi bahagia..

                          Dm
Biarkan ku sendiri
          Em          Am
Merawat luka ini...x2

                        Dm
Biarkan ku sendiri
           Em          F   G F G Am  
Mengubat.....Cinta ini...

Khamis, Februari 24, 2011

Sedapnye coklat...aumm!!

Salam,

Ape yang korang buat masa stress??

1) Main muzik..jamming!!
2) Main Facebook sampai muntah
3) Keluar jalan2 kat shopping mall
4) Makan banyak2 sampai gemok
5) Bercuti ke pantai
6) Main raket kat sungai
7) Shopping
8)Penat la nak taip nie...hehee

Aq pilih no. 4,5 dan 7

Jumaat, sabtu dan ahad lepas...Aq ke Langkawi!!

Aq pilih langkawi sebab memang dah lama plan nak pegi langkawi, tapi plan nak bawak dia...sedih tak kesampaian. Ok xpew....aq boleh pegi sendiri..

Balik je keje jumaat tuh, aq siap2 dan terus ke langkawi naik jentera baruku HONDA CIVIC FERIO berbekalkan enjin B16A...heheh...detail tuh.. So aq bertolak dalam pukul 10mlm dan tiba kat sana kuala kedah dalam pukul 3 pagi. Aq pon dah mengantuk dan letih sangat masa tuh..terus check in hotel kat kuala kedah..hotel bajet sudah...yelah..just nak letak badan kejap n mandi2...
Keesokannya bangun pukul 9 pagi dan terus siap2 ke jeti kuala kedah. Aq terus beli tiket dan bertolak ke Pulau Langkawi...oh lupa nk cerita harga tiket. Harga tiket ferry untuk sehala adalah RM23.00 seorang. Mahal gak ye..naik bas balik melak RM12 jer...hehhe...demand plak...
Masa perjalan pula ialah 1jam 45minit. Bukan main lama lagi rasa duduk dalam ferry. Sampai je kat jeti Langkawi, aq terus cari bro counter tiket tuh. Dia ada buat servis kereta sewa. Dia offer aq kereta kancil, iswara dan wira. So aq pilih Proton Wira SE sebabnya harga dia tambah RM10 dari iswara. Nak watpe ambik Iswara unta tuh...dah la xda power steering...kang aq pulas stering terus terjun laut kang....hehehhe

So bayar la kereta sewa tuh dengan harga RM60+deposit RM50 dna total ialah RM110 untuk sewa kereta...Deposit tuh nanti dia pulang la bro masa hantar kete balik. Macam tak biasa plak kan.
Masa dapat kereta tuh, mak ai...minyak dah la E...berkelip plak tuh...aq dah risau da...mane nak cari stesen minyak nie. Last2 jumpa dalam 1KM dari jeti. Ape lagi, laju2 la isi minyak RM20...Lepas isi dengan bengangnyer....."apahal naek sikit je meter minyak dia nih????" marah...hehehe
Mane tak nyer...kalau aq isi honda dengan viva...dah setengah daaa meter minyak dengan RM20 tuh....Ni lah dia Fairlady Malaysia. Kuat tuh minyak dia...macam naga daa..

Lepas tuh aq terus ke Chalet Tanjung Malie kat area pantai Chenang...Check in dulu...labuhh barang2 nthen keluar bergonjeng lahh...hehehe

Ha ahh ea....lupa plak aq...aq pegi dengan sape tuh xcerita kan...hehehe

Aq pergi dengan sape lagi...kawan aq la IMAL CNP...nak pergi dengan sape lagi. Takkan dengan lebam kot...hampeh dia tuh...memanjang je miskin...kang aq nk hilangkan stress lagi bertambah stress kang. Hehhehee....

So, aq terus keluar jalan2 panas badan dulu...tengok coklat, perfume dan semestinya ROKOK...yeahh!!
tengok punya tengok punya tengok...xda la murah mane pon harga dia...Perfume sama jer...mahal jee...klu kurang 30 hengget, baik xyah....betul x??
Imal ape lagi, merungut jela dia...macam siput je muka...Tapi ok laa dapat record video2 ho ho holiday with CNP menggunakan camera dari HP Nokia X5 aq dan imal...heheh...cool gak quality gambar dia. 5.0Mp...memang clear la dan puas hati..Semua aq dengan imal rakam...heheh...

Petang tuh dalam pukul 6, cepat si imal nie ajak aq balik hotel...nak mandi pantai katanya..macam la xpernah jumpa pantai...hehehe...padahal aq pon sama...Ape lagi, masa untuk mandi manda....Aq pon balik hotel dan salin baju cepat2...turun ke pantai dengan x berbaju terus terjun macam org xpernah jumpa pantai..Tengah2 seronok mandi tuh, imal tegur aq...kenapa ko menung wehh?? tgk nie ramai awek...relax laa, kita happy2 je kat sini. Dalam fikiran aq, teringat kat dia, dia suka pantai..kalau dia ada, mesti dia happy kan..tu aq diam sebab aq sedih. Semua yang dia ckp tuh buat aq xpercaya. Semuanya terngiang2 dalam kepala aq. Imal senang la cakap, dia xtau ape yang aq rasa. Betapa dalamnya aq cintakan dia, betapa sayangnya aq kat dia dan betapa kecewanya aq bila lalui saat2 ni. Tapi xpelah, perkara dah berlalu...aq fikir2kan pon bukan bole jadi baik. So..aq teruskan mandi manda dengan dsi dugong nie...

Pukul 7.30 dah weh...balik2...xbaik mandi pantai malam2
Aq pon naik laa mandi2 dan rehat2 sekejap sebelum sambung chapter MALAM...hehehe

Jam 9 malam, masa untuk keluar menjadi burung hantu..yeahh...So aq pon jalan2 area pantai chenang dan pekan kuah untuk usya barang2 baik (bukan awek)...hehe...coklat, rokok dan perfume la...!!

Lepas je jalan2 malam tuh, barulah pergi makan...makan kat restoran area pantai chenang...makan tomyam sama je macam kat shah alam nie. Cuma si imal nie gatal nak rasa tomyam langkawi...kepala dia laa...sama jelaa rasa. Makan pun sudah, jalan2 pon sudah...ape lagi....????
Nampak melambak SPA and massage centre...nak servis ke badan nie?? kene kee?? macam best plak kene urut...Tapi aq geli sikit bab2 urut nie....wire sensitif...:D

Cari2 tempat sebab memilih sgt sampai semua centre tutup...hahahha...aq gelak jelaa....balik hotel dengan hampanya...hehehee...
Masa untuk tido...

Keesokannya...
Jalan2 balik ke pekan kuah untuk beli ole2 utk diorang iaitu family aq...yehhaaa...

Abes aq borong coklat, rokok dan set pinggan corelle...perfume je xbeli...sbb harga dia aq xpuas hati...sama je macam kat sini..Macam set pinggan corelle nie ok la..sebab harga dia RM320.00...kalau kat shah alam RM600++...lg mahal...so aq beli la 1 set...habis gak la duit RM700...beli semua tuh jer....macam ape je duit sekarang...

Masa untuk balik......sampai kat Jeti nak balik tuh..kene tahan kastam plak, dan kene laaa tax...tp sudah talk2 dapat la undercover...hehe...malang sungguh....kalau aq jalan je wat xtau, kompem xkene...kan2...aq nie baik sgt kot...xsuka buat salah...hahahhahhah

xpela tax setakat RM30 tuh...kalau beratus....pehhh....mmg aq rasuah...:D baik x???
hehehe
Barang banyak nyer....bahu da macam ape daa....nak balik2 yee yeee...heheee
Dalam ferry tuh, keje aq makan coklat jer...Aq suka coklat mint...sedap...kunyah2 sampai lelap. Bole plak kan tengah makan coklat tertido. Tibe2 ada orang kejut aq, imal ropenye kata dah sampai. Turunlah dari ferry dengan muka xsiap...hehe...letih dowhh...Aq suruh imal tunggu kat tempat menunggu tuh, aq pergi ambik kete kat carpark...masa untuk pulang ke tanah air...hahah...:P poyo jerrk....

Drive, makan coklat, smoking, minum2 ...(diulangi sampai shah alam)

Sampai di Shah Alam pada pukul 10 mlm. Aq sampai awal sikit, sebab aq merembat kete aq sampai out meter tuh...hahha...tuh yang sampai 4 jam jer...men laju lagi...da letih dan esk keje kan...so nak balik awal jelaa...

Kesimpulannya, dapat lah aq kurangkan stress n gelodak perasaan aq nie sikit. Percutian yang best la jugak, cuma xberisi dengan romantis...hehee...kan best kalau dia ada bersama...

Khamis, Februari 17, 2011

My New baby!!!!

Aq dah pun memiliki baby yang baru....eyyyahhhh

Nokia X5-01 comel.....ni haa..hahha



i like2.....

Khamis, Februari 10, 2011

Lirik yang sangat best dan touching nyer

Jika kau bercinta lagi....memang best lagu nie, penyampaian yang sangat baik dari alleycates dan telah menjadi pewarna dalam hidup aku. Aku sukakan seni nyanyian dan muzik. Bila aku dalam keserabutan, aku akan menyanyi..xkisahlah kat mane sekalipun..asalkan aku bahagia..hehe..










Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya aaa aaa aaa
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya aaa aaa aaa


engkau yang memilihnya
tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya


aaa aaa aaa


Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya aaa aaa aaa
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya aaa aaa aaa 


aku tak dapat menghalang
engkau punya kemahuan sendiri
biarku hidup hanya mengenang
peristiwa yang tak dapat ku lupa


aaa aaa aaa


kini aku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
selamat tinggal
aku mengundurkan diri 

Isnin, Februari 07, 2011

Pertunangan Adikku

Salam semua,

Dah lama kan elan tak update2 blog nie. Dah bersawang pun....hehhe..
Ok, untuk kali nie, elan nak share tentang hari bahagia dimana adik elan iaitu Radin Khairul Azhar sudah pun selamat ditunangkan dengan si pilihan hatinya....Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar walaupon majlis nie tak diduga pun sebab pada mulanya nak merisik dan bulan 3 ni baru la bertunang. Dan tibe2 nek long kami buat keputusan untuk terus bertunang jer...senang celite ma...So, alhamdulillah semuanya selamat dijalankan dengan jayanya. Doakan mereka sampai ke jinjang pelamin dan ke anak cucu...upss...luper....majlis perkahwinan tak sebut yer...hehe
Okeh, majlis dijangka akan berlangsung sebaik sahaja mereka berdua tamatkan pengajian masing2...dijangka 3 tahun lagi...

Lama???? hehe....
Elan pun tak tahu kenapa abby nak betunang awal. mungkin takut terlepas dari genggaman kot...heheh...
Ape-ape pun dah macam tuh tertulis...ikut ajerr la...bende baik, apa salahnye kan2....Tahniah!!