Digital clock

Jumaat, Oktober 01, 2010

Aku, Muzik Dan Alat Muzik

Salam

Muzik adalah gabungan bunyi bunyian yang mengeluarkan bunyi dan menghasilkan irama bertujuan menghiburkan telinga-telinga manusia. Setiap manusia memerlukan hiburan dari pelbagai bentuk supaya hidupnya bersifat normal. Kalau lahhh tak ada hiburan...makk aii...paranormal...memang keras laa semua...cam robot!! hehe..

Sebenarnya elan nie nak story dengan pembaca-pembaca bahawasanya elan ada seorang pencinta seni muzik. Seni lain elan tak ada bakat kot...heheh....Dalam seni lukis...kalau elan lukis manusia, kompem jadi makhluk asing..hihi..tuh memang dah terang terangan tak ada bakat. So elan fokus dan sangat menyintai seni muzik dan nyanyian. Dari kecil lagi, elan memang dibersarkan dan dididik menyintai muzik. Jika dilihat, abah elan juga seorang musician. Pelbagai alat muzik abah main seperti gitar, bass, double bass, alat muzik tiupan dan macam-macam lagi. So, elan nie ikut jejak langkah abah la kot..

Bagi elan sendiri, elan lebih gemar menulis lirik dan mencipta melodi sendiri. Pelbagai lagu telah elan cipta dan antaranya mendapat sambutan yang baik. So, elan akan teruskan usaha untuk perbaiki dimana kelemahan dari segi skill gitar dan hasil penulisan lagu. Semua elan akan perbaiki dari masa ke semasa insyaallah. Insyaallah juga, seni muzik ini akan terus ditanam didalam hati elan. Mungkin suatu hari nanti, apabila kita berusaha dengan sesuatu yang kita minat, akan membuahkan hasil yang menarik. cool beb!
Baru-baru nie, elan telah membuat pembaharuan dimana elan telah memiliki gitar yang baru. menggantikan gitar les paul yang telah dijual tahun lepas. So, dah boleh gorengg!!!  kat umah. Rakan seperjuang elan...cewah..imal  pun sudah membeli gitar yang baru. Kompem lah lepas nie dah boleh perform. Dah lama tak naik stage. Memang menggigil la balik..shake it bebeh!!...hehaaa.

Ini dia gitar baru elan aka machine setan (devil machine) waawahahah...


Spesifikasi

Brand: Maison
Made in: Korea
Fret: 21 fret
Pick up: De maria (modified)
Warna: white cream
Harga: Rahsia....wakkaka...cari la sendiri yok!

Gitar nie alhamdulillah best lah sebab dia dapat hasilkan pelbagai bunyi. Antara bunyi yang boleh dihasilkan gitar nie:

* Bunyi katak nak mengawan
* Bunyi anjing dilanggar lari kereta
* Bunyi semut lumba lari

hehehee....overall memang marvelous la sound dia...tiap-tiap malam elan gorengg  sampai kene sound dek jiran sebelah. hehehh....

Ahad, September 26, 2010

Beriadah bersama pn Comel, poksu dan moksu...kat mane??

Salam,

Dah lama tak beriadah dan bersukan bersama insan-insan yang elan rapat dan sayang. Pada mulanya, elan bercadang nak buat aktiviti jogging pada 25 september 2010 (sabtu) kat tasik di kemuning. Nthen poksu pun ajak la elan join dia pergi sebuah tempat yang di namakan Broga Hill yang terletak di Semenyih Selangor. Actually elan baru dengar Broga Hill nie... xtau pun kat mane dan apa yang ada kat sana. So, elan print la google Map ke Broga Hill.

kat sini elan ada sediakan aturcara majlis sikit..cewahh kann!!


6.15 am
-Elan bangun apabila poksu call..."hey2, bangun3....Broga time!!...So dengan muka sposenn, elan bangun la juga sebab dah janji nak g dengan poksu, moksu dan yang paling istimewa...mybaby hasniyah..Memang bercadang nak buat aktiviti yang akan happy kan dia.


6.40 am
- Elan bertolak ke rumah baby elan...

7.05 am
- Elan sampai di rumah Has...dia belum siap lagi..and tunggu2 diaa sampai laaaa 7.26 am jam elan, baru dia muncul. Dengan selamba elan cakap, ape nie lambat!!! hehe...saje jee...walhal xkisah pun, syg bini lah katakan...hehe

8.10 am
- Elan dan has tiba di Desa Pandan Kuala Lumpur untuk jemput poksu dan moksu....

Kami terus bertolak ke sana dan tiba pada jam

8.40 am dan memulakan aktiviti mendaki...

Aktiviti mendaki ini bermula dengan berbekalkan beberapa botol air 100 plus yang dibeli di kaki bukit broga nie...adalah apek n nyonya terpekik2 jual 100plus..hehe

Sepanjang pendakian, memang terasa hangat, peluh menyimbah-nyimbah ke ladang gandum dan kaki krem...hehehh...tapi memang syokk!!...dah lama tak keluar peluh macam nie....

ini antara gambar-gambar yang sempat kami tembak ...hehe

                                                                      gambar  no 1
                                                        

                                                                        Gambar No 2






                                               Poksu tengah berzanji!!...hehehhe









                               
                                              Baby dengan muka blurr  nyerr...hehe...tapi comel!!


                                                                      Dan ini.......
                                     baby ku terkejut..."kenapa snap i?? i nie artis ker???"...hehe

So....overall aktiviti nie memenatkan dan mengeluarkan peluh...dan memang enjoy and fun...walaupun penat

kalau korang nak try....print la map ke BROGA HILL.....chill beb!!

Jumaat, Julai 09, 2010

Ketika beliau memimpin PPPMM

Arwah abah radin amir adalah salah seorang presiden persatuan pengusaha percetakan melayu malaysia yang sangat berkharisma pada suatu ketika dahulu dan meninggalkan kepimpinannya pada tahun 2010 ini. Suatu kehilangan didalam arena percetakan tanah air..

Serba sedikit cerita mengenai PPPMM

Sejarah PPPMM

Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) telah didaftarkan pada 22hb Jun 1975. Penubuhannya adalah agak tergesa-gesa apabila saudara Ahmad Nordin dari Dany Press Sdn. Bhd. dipanggil oleh Encik Abdul Rashid Abdullah pada masa itu Setiausaha Kerja Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia supaya pencetak-pencetak Melayu menubuhkan satu persatuan. Ini adalah kehendak Yang DiPertua DPPPMM pada masa itu, YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Masa yang diberikan adalah terlalu singkat untuk menubuhkan satu-satu persatuan. Ia tidak boleh diperlengahkan lagi ketika itu memandangkan pembukaan rasminya telah ditetapkan oleh DPPPMM iaitu pada 3hb September 1975.

Oleh kerana pentingnya pengusaha percetakan Melayu berpersatuan, satu Jawatankuasa Penaja telah diwujudkan. Mereka terdiri daripada :


* Saudara Ahmad Nordin Haji Ahmad Amin (Dany Press Sdn. Bhd.)
* Saudara Radin Amir Radin Suhaidi (Utusan Melayu - Jobbing Department)
* Saudara Zulfadzli Mohd. Yusof (Percetakan Trading)
* Saudara Ibrahim Medan (Bahagia Trading)
* Saudara Hamid Bendahara (Percetakan Bendahara)
* Tuan Syed Mansor Syed Mahmud (Penerbitan Adabi)



Sebagai panduan untuk menubuhkan PPPMM, Jawatankuasa Penaja telah meneliti dan mengkaji Perlembagaan DPPPMM yang kemudiannya diedit, diubahsuai dan dibuang tambah mana yang perlu untuk dijadikan Perlembagaan DPPPMM. Dengan sebab itu maka terdapat kelemahan di dalam perlembagaan yang diguna pakai buat beberapa waktu oleh PPPMM. Alhamdullilah sekarang sesuai dengan peredaran dan perkembangan semasa ianya telahpun dikemaskini sebagai panduan perjuangan PPPMM.

Di dalam proses penubuhan PPPMM, Jawatankuasa Penaja telah mengadakan beberapa mesyuarat penting untuk menentukan ianya berjalan lancar dan sempurna serta dapat ditubuhkan sebelum tarikh perasmiannya. Di antara yang diperbincangkan. sesuai dengan kehendak perlembagaan ialah siapa yang akan menerajui PPPMM. Saudara Zulfadzli Mohd. Yusof dari Percetakan Harian berpendapat orang yang paling sesuai dan layak pada waktu itu ialah Saudara Sanusi Junid (Sekarang Datuk Seri). Pada masa itu, Saudara Sanusi Junid bertugas di Chartered Bank (Sekarang The Standard Chartered Bank). Selain mempelbagaikan kegiatan-kegiatan perniagaannya termasuklah bidang percetakan yang dimiliki 100% Shamelin ialah Percetakan Sarina Sdn. Bhd.. Pendapat Saudara Zulfadzli dan berpandukan lain-lain faktor, telah dipersetujui sebulat suara

Bagi menyampaikan hasrat mencalonkan Saudara Sanusi Junid bertanding jawatan Yang DiPertua PPPMM maka 3 orang telah dilantik untuk menemui beliau. Mereka terdiri dari :

* Saudara Zulfadzli Mohd. Yusof
* Saudara Ahmad Nordin Haji Mohd. Amin
* Tuan Syed Mansor Syed Mahmud


Seperti yang diduga beliau menolak sama sekali pencalonan itu dan juga lain-lain pencalonan. Pada pendapat beliau, beliau adalah orang baru di arena percetakan beliau percaya masih ramai orang yang lebih layak, dan berkemampuan untuk menerajui PPPMM. "Biaq' oghang oghang yang lama dok dalam Jawatankuasa baghu la betoi, hampa ni mengaghut dan Zul ni ghumbu, boh saya kat situ baghu la celaghu habih." Walaupun beliau menolak kesemua pencalonan, beliau berjanji akan tetap bersama memberi sokongan dan bantuan bila perlu - dari segi moral mahupun material. Siapa yang akan dipilih menerajui PPPMM tidak begitu penting, yang penting PPPMM mesti diwujudkan dan digerakkan secepat mungkin. Beliau tetap menolak untuk dicalonkan.

Setelah mengemukakan sebab mustabab dan keterangan yang lebih lanjut berkenaan dengan matlamat PPPMM dimana ianya memerlukan mereka yang betul-betul sedar akan keadaan ekonomi orang-orang Melayu dan sangggup berkelahi. Tiga orang wakil telah mencabar Saudara Sanusi Junid untuk bertanding. Beliau menerima cabaran itu dan menerima pencalonan tersebut.

Sebagaimana yang ditetapkan pada 3hb September 1975, PPPMM selamat ditubuhkan dan telah dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Bangunan Mara. Majlis berjalan begitu lancar dengan bantuan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia.

Di dalam mesyuarat tersebut Saudari Sanusi Junid dipilih dengan sebulat suara bagi Jawatan Yang DiPertua Persatuan Pencetak-Pencetak Melayu Malaysia dan menjadi Yang DiPertua PPPMM dengan lantangnya. Beliau menyentuh beberapa aspek penting dengan berani dan mendapat sambutan dan tepukan gemuruh. Semua ahli yang hadir berpendapat mereka telah memilih seorang Yang DiPertua yang tepat untuk membimbing mereka. Mereka penuh yakin.

Tiap-tiap yang bermula pasti berakhir. Begitu juga dengan Saudara Sanusi Junid. Sesuai dengan watak dan minat beliau, beliau telah mencebur diri dalam bidang politik senantiasa menagih waktu dan masanya dengan kepercayaan "Patah tumbuh hilang berganti" beliau telah melepaskan jawatan Yang DiPertua PPPMM pada tahun 1977. Semua ahli berasa sedih dengan perpisahan itu.

Sewaktu kepimpinan Saudara Sanusi Junid beliau telah banyak berkorban dalam semua segi untuk faedah PPPMM. Beliau menyedari yang semua ahli PPPMM pada masa itu adalah daif. Pejabat beliau di Chartered Bank telah menjadi Pejabat PPPMM. Setiausaha beliau menjadi Setiausaha PPPMM. Perjalanan dan keperluan mesyuarat semua diurus dan dibiayai oleh beliau. Banyak wang dan masa telah beliau korbankan untuk meletakkan PPPMM yang ada pada hari ini. Namun demikian beliau tidak pernah merungut dan kesal.

Dalam kesibukan beliau dengan lain-lain tanggungjawab beliau telah memecah satu benteng di Dewan Bahasa dan Pustaka yang sebelumnya semua buku-buku terbitan DBP dicetak oleh percetakan bukan Melayu. Beliau berpendapat DBP adalah sumber rezeki bagi orang-orang Melayu dan mesti sampai kepada yang hak. Satu dialog telah diadakan di antara DBP dengan PPPMM dan berjalan dengan cukup berkesan. Sebahagian ahli yang mendapat faedah mencetak buku-buku terbitan DBP pada hari ini adalah hasil pergerakan permulaan dari beliau. Sebelum beliau meninggalkan PPPMM beliau telah menanamkan sikap supaya sayangkan bangsa, berjuang dengan penuh semangat yang kuat dan penuh azam, memusnahkan petualang-petualang yang cuba menyekat ekonomi orang-orang Melayu. Beliau telah merentas jalan dan memberi laluan yang agak mudah untuk generasi yang akan datang. Dengan doa beliau mengundur diri.

Pengunduran beliau telah diganti oleh Saudara Radin Amir Radin Suhadi. Perjuangan Saudara Sanusi telah disambung oleh Saudara Radin Amir dengn lebih hebat lagi. Semangat dan rasa cinta yang ditinggalkan oleh Yang DiPertua dahulu bagi Saudara Radin Amir adalah satu amanah yang tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan begitu sahaja. Beliau dengan dibantu oleh beberapa AJK telah bergerak dengan begitu berkesan menuntut hak di bidang percetakan untuk kepentingan semua ahli. Di bawah kepimpinan beliau maka keluarlah pekeliling arahan Perbendaharaan 20/81 yang membolehkan Jabatan-Jabatan Kerajaan mencetak keperluan mereka hanya dengan menggunakan pencetak-pencetak Melayu sahaja. Bagi PPPMM, ini adalah satu kejayaan besar.

Dengan keluarnya Arahan Perbendaharaan itu, seperti yang dijangka ianya meledak seperti 'bom' bagi sesetengah golongan. Ianya meledak begitu hebat sekali. Saudara Radin Amir dan semua Ahli Jawatankuasa menghadapi cabaran dengan tenang segala ugutan dan tohmahan yang diajukan. Bagi saudara Radin Amir perjuangkan PPPMM untuk kepentingan ahlinya belum berakhir. Beliau akan terus berjuang. Berkat sokongan yang padu daripada ahli dan bantuan dari lain-lain pihak ianya akan berhasil.
InsyaAllah.

"Kalau mati biar terpacak", sepatah kata Saudara Sanusi Junid semasa beliau menjadi Yang DiPertua PPPMM


Presiden-Presiden PPPMM



1975 - 1980 Sanusi Junid
1981 - 1986 Radin Amir Radin Suhaidi
1987 - 1991 Ahmad Nordin Haji Ahmad Amin
1992 - 1994 Dato' Redzuan Hamid
1995 - 2000 Usamah Haji Yusof
2001 - 2002 Hashim Harun
2003 - 2006 Haji Badruddin Haji Abu Bakar
2007 - 2010 Radin Amir Radin Suhaidi

PPPMM Website

Rabu, Jun 30, 2010

Bowling bersama sepupu...:)

Salam sejahtera,

Nak story nie, last week elan balik melaka selepas tournament bowling Leadcom dan berjaya membawa kekalahan mutlak.ehhehe...
Entah kenapa that day cam xboleh main jee. Nak kate xcukup latihan, dah penat berlatih tiap2 malam. Mungkin dah tu takdirnya. Apa-apa pun its still best and enjoy.
Kembali kepada topik asal elan tadi, elan pon balik lah ke melaka lepas tournament tuh. Elan balik melaka dengan imal and awek dia syiera. So kitorang jalan-jalan the whole day. Keesokannya elan tergerak hati nak ajak fatin (my sepupu) main bowling kat Malacca International bowling Centre (MIBC) iaitu pusat bowling terbesar di Melaka dan Malaysia. Hari tuh elan set nak jumpa dalam pukul 11 pagi, but semua kan ala-ala mat salleh. bangung pon pkul 12, macam mane nak maju...hehe...So we all jumpa dalam pukul 1 ptg dan start enjoy that game. Antara player yang main pada hari tersebut ialah elan,abby,mama,jiha,ijam,sarip,fatin,imal dan juga syiera. Pada masa tuh, elan pon try la buat balingan putaran. Pehhh....jadilah pulak...apa hal masa tournament satu pon tak jadi. Tensionn jerrr...boleh dikatakan semua balingan yg elan buat masa tuh semua menjadi. Ada masalah kowt aq nie...heheh

Pape pon mmg best activity berkeluarga nie. Insyaallah akan elan buat lagi pada masa akan datang. Mungkin dengan aktiviti lain yang lebih enjoy dan happening.

TQ


Tengok la gambar2 sikit nie yee



nie lagi



dan ini



yeahh ini juga

Sabtu, Jun 19, 2010

Jom Memasak bersama elan!!!


Hye kawan-kawan,

Siapa cakap lelaki tak power didapur. Haaa kali ni elan didapur okeh...bukan saje pandai bermain alat muzik dan menyelenggara komputer, tapi elan boleh juga memasak...cehhh,poyo je ayat.

Bytheway, hari ini 18 june 2010..elan dengan imal keluar ke pasar utk membeli bahan-bahan untuk membuat nasi lemak. Kami namakannya nasi lemak CNP.hehehe...

Haaa nie haaa gambar elan sedang memasak sambal nasi lemak...Cukup rase beb!!!

Rabu, Jun 02, 2010

Jom Baca Magazine yang aq tulis!!!

Sila dapatkannya sekarang!!!


Salam sejahtera kepada semua pelayar blog,

Jom dapatkan satu-satunya majalah kereta-kereta lama atau veteran yang ditulis oleh elan dan rakan-rakan yang lain. Harga tidak mahal pun, hanya RM6.50

Antara penulisan elan dalam majalah edisi 11 ini ialah

1) AE80 Hatchback

2) Toyota Starlet

Selamat membaca!!!

Salah satu lagu yang elan suka versatile dan good la


KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Selasa, Jun 01, 2010

Yang terakhir...:)


Ayah...Abah...Abi...dady...Papa...dan bapa...

Semua di atas adalah orang yang sama dlm hidup kita iaitu seorang ketua keluarga dan insan yang menghasilkan kita selepas ikatan perkahwinan dengan ibu kita. Jika dia tak ada, maka kita pun takkan ada dimuka bumi yang serba indah ini. Kasih sayang antara Ayah dan Ibu semestinya sangat berbeza. Selalunya, anak perempuan sangat rapat dengan ayahnya manakala anak lelaki pula akan rapat dengan si ibu. Tetapi, kedua-dua pasangan ini memberikan kasih dan sayang sama rata kepada semua anak-anaknya.

Kalau ditanya, "yang mane awak lebih sayang, ayah atau ibu?? pasti saya akan menjawab "mestilah saya sayang mama saya ni".

dan ditanya lagi

"Bagaimana dengan ayah awak??"

mungkin dulu saya akan jawab

"entahlah, abah balik seminggu sekali je...tak tahulah dia sayang saya atau tidak"

dan jawapan saya sekarang jika ditanya soalan yang sama

"Bagaimana dengan ayah awak??"

Pasti saya akan jawab

"alangkah baik kalau saya kenal dan rapat dengan abah dari dulu. Sebab abah memang sayangkan semua. Walaupun abah memiliki 4 isteri, pada masa yang sama abah mengajar saya hidup berdikari sendiri dan mampu berfikir sendiri. Abah banyak mengajar saya menjadi seseorang yang baik. Antaranya ialah:

1) Selalu lakukan sedekah dan jangan kedekut. Rezeki kita pasti akan ada jika kita tidak kedekut dan tamak.

2) Mengaku salah walau lambat atau cepat

3) Belajar dan kuasai bahasa inggeris sebab bahasa ni adalah bahasa antarabangsa dan sangat diperlukan sewaktu saya dialam pekerjaan.

Oleh kerana abah mempunyai empat isteri dan empat keluarga, sebagai anak. Pastinya saya berasa serba kekurangan kasih dan sayang dari seorang bapa sehinggalah saya habis alam persekolahan, barulah saya mula rapat dan selalu berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang menyatukan kami adalah memiliki minat yang sama terhadap kelab bolasepak eropah iaitu Manchester United. Boleh dikatakan setiap perlawanan siaran langsung Manchester United akan kami tonton bersama.

Apa yang saya tidak mahu ulangi lagi:

1) Kahwin lebih dari satu- Saya tidak mahu anak-anak saya rasa sama seperti yang saya rasa dahulu

2) Tidak bergaul dengan kawan yang akan menikam diri sendiri ( malaun togei)

Apa yang saya mahukan dan kekalkan:

1) Menyokong kelab bolasepak Manchester United laa- Kerana kelab ini memberi dan mengimbau kenangan sewaktu bersama abah. Walaupun kejap.

2) Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun sudah berumah tangga nanti

3) Mempelajari dan menguasai bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris

4) Tidak mudah lupa diri dan selalu bersedekah

5) Setia dan sayangi pasangan dan anak-anak dengan penuh kasih dan sayang

6) Mengakui kesalahan dan tepiskan sikap ego lelaki.persetan kau...ehhee

7) Sentiasa ingat pada yang maha Esa

Penatlah nak tulis...haha....tapi terlalu banyak idea.


Kalau korang nak baca lagi...tunggu la bila aq dah tak penat nanti, aq tulis okeh...

Isnin, Mei 31, 2010

Elan rindu...hermm

Rindunya elan kat seseorang yang telah tinggalkan elan dan semua buat selama lamanya. Tapi apa yang dah berlalu, biarkan je berlalu. yang masih hidup kene teruskan kedipuan yang semakin mencabar nie. Apa yang penting, dia banyak mengajar aq untuk jadi someone yang gentle dan berguna walaupun secara tak langsung. Insyaallah apa yang babah pesan kat elan, elan akan belajar dan laksanakan...

Barang-barang idaman 2010

Kita semua mesti ada target dan azam setiap tahun. Bagi aq, target aq utk tahun ni ialah: jeng3

1) Kasut

sebenarnya aq nak kasut nie,tapi da xda stock kat mooks...ishhh


So kasut lain yg aq nak tahun ni adalah:


2) jacket utk perform Band la:



atau ini


3) Guitar Idaman


ataupun ni


4) Dan DSLR Camera:


5) Ini juga: heheheee

Bagaimana cara untuk menambah berat badan?


Bagaimana ye cara untuk menambahkan berat badan supaya kelihatan ideal dan stabil??
Aq pernah cuba pelbagai cara. Minum appeton weight gain, tp tinggi plak hasilnya...ape daaa....pening nyerr
Kalau u all ada solution....share la ye..

Rabu, April 28, 2010

Mane hilang Coklat Pelangi Band??


Dah lama tak kedengaran band coklat pelangi ni kan. Band CNP ini masih wujud tetapi semua ahli tengah menguruskan hal peribadi masing-masing. Dengarnya CNP akan buat pembaharuan dan penambahan ahli tahun ini. Dahulunya CNP hanya memiliki Elan (Vocal & Rhythem), Imal (Gitaris utama), Dell (bassis) dan Apis (Drummer). Kali ini CNP ingin membuat penambahan ahli iaitu fatin sebagai keyboardis. CNP inginkan kelainan sedikit kali ini untuk meningkatkan kualiti persembahan mereka dalam mencipta lagu dan musik sendiri. Harap-harap dengan penambahan ahli baru ini dapatlah CNP tingkatkan mutu kerja dan dapat mencipta lagu-lagu yang akan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat Malaysia khususnya remaja-remaja. Antara lagu yang akan dimuatkan dalam single CNP ialah Sisa Bayangan,Separuh Mati, Lompat-Lompat,Khayalan,Setia,Kamu,Expresi Emosional dan banyak lagi. CNP adalah sebuah band indie yang perjuangkan genre pop rock dan glam metal. Sebuah genre yang tidak terlalu keras tetapi pendengar akan berasa hyper apabila mendengar. Insyaallah CNP akan dapat selari dengan band-band indie lain yang telah berjaya.

Selasa, April 13, 2010

Langkah yang baru


Episod 3

Sebelum elan memulakan kerja ditempat yang baru, elan mmg tak tau kat mane syarikat leadcom tu. So elan minta pertolongan dari kawan band elan,imal untuk tunjukkan jalan ke syarikat tersebut. Pada malam sebelum memulakan kerja, imal bawa elan bersiar-siar sekitar seksyen 33 shah alam. So elan serba sedikit dapat menghafal jalan yang akan elan lalui untuk ke LEADCOM. Selepas puas bersiar-siar, elan dan imal beredar dan mencari restoran untuk santapan malam. cehh,skema ayat...ahakss. Elan makan disebuah restoran berdekatan sahaja dari rumah imal. Tak mahu makan jauh,al maklum laa takut bangun lambat pada hari pertama bekerja. Selepas makan, kami pulang ke rumah "time to sleep!!". Pada keesokannya, elan bangun awal. Pukul 7 dah terbuka mata sebab too excited sebab permulaan hidup baru elan. Kerja yang elan idam-idamkan dan cari selama ini akhirnya menjadi milik elan. Elan melapor diri di HR Dept pada pagi itu. HR officer di syarikat ini adalah Lily Suria namanya. Dia yang uruskan elan tentang rules dan etiqa sebagai staff disana. Elan diterangkan tentang core business syarikat ini iaitu base on tender untuk Broadcasting,multimedia dan IT/ICT. So mase elan masuk memang banyak tender sedang berjalan. Elan sampai di satu sesi iaitu sesi kenal diri pada semua staff. Elan diperkenalkan oleh kak Lily kepada semua. Semua staff menyambut kedatangan elan dengan senyuman dan ucapan welcome to Leadcom. Wahh, happy lah pada hari kejadian. Finally elan dah ada kerjaya sendiri. Nasib baik elan ada juga pengalaman hampir setahun dalam bidang IT sebab sebelum ini kan elan bekerja sebagai technician IT customer support. Kalau tiada pengalaman, memang susah untuk dapatkan pekerjaan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Pasal si dia???

Selasa, April 06, 2010

Episod 2 : Kerja Oh! kerja


Episod 2

Dan selepas dia mengaku ada seseorang dihati dia, elan cuba elakkan dari hubungi dia. Cuba nak larikan diri dan perasaan elan dari dia. Elan pun mula bekerja di Kuala Lumpur. Masa tuh keje di Jalan Tun Razak KL dekat dgn Bank Of China. Elan bekerja sebagai IT Technician Department Customer support. Dapat kerja kat situ pun sebab poksu yang recommend kan kat boss dia. Itulah Platform pertama elan bekerja dalam bidang yang elan belajar. Memang best la keje kat situ, kawan-kawan semua memang cool lahh..Kak Liza,mahfuza,Zul,Poksu,wak dan midi semua ok, satu kepala. Bila kerja tu kita enjoy,so all the work will be succesfull. Banyak kerja-kerja site elan involved, Mara HQ,Institut pendidikan perubatan dan balai seni lukis. Pada masa yang sama,elan dapat melupakan si DIA. Elan bekerja di SEPAKAT tak lama. Hanya 2,3 bulan je.Lepas tu elan berhenti sebab syarikat yang elan bekerja tu mengalami krisis projek dan kewangan yang teruk sampai gaji semua staff sangkut. Elan pun berhenti la disebabkan ada komitmen untuk bayar bulanan kereta dan tanggungan diri. Elan pun berpindah semula ke MELAKA dan mencari kerja-kerja dalam bidang yang sama. Sayang sekali, di melaka memang susah untuk cari kerja yang sama seperti di SEPAKAT. Memang tak ada kot..hehe..Elan pon semakin tertekan, kereta da 2 bulan tak bayar. Takut kene tarik je..Elan pun ambil keputusan untuk bekerja di sebuah hotel terkemuka di Melaka. Its Bayview Hotel Melaka. Elan bekerja disana sebagai BELLMAN. BELLMAN jee???? Nak buat macam mane, itu je keje yang elan dapat masa tuh. Nak ke tak nak, kene keje sbb nak bayar bulanan kereta. Pening gak kepala masa tu. Elan kerja di Bayview 2 bulan dan elan berhenti selepas imal beritahu ada kerja kosong di Shah Alam. Kerja tu mmg sesuai dgn elan sbb jawatan yang ditawarkan adalah IT TECHNICIAN office support.
So, tanpa berlengah elan set interview dan alhamdulillah elan dapat kerja tu. Rezeki Allah beri, kita perlu berusaha dan tawakal jelaa.

Khamis, April 01, 2010

Al-Fatihah To Abah..


Al-Fatihah kepada Ayahanda Radin Amir Radin Suhadi (19.03.1947 - 27.03.2010).

Semoga Allah menempatkannya di tempat yang mulia di sisi Nya. Amin

Begitu banyak kenangan manis dan pahit telah kami lalui bersama, tp telah tiba masanya abah meninggalkan kita semua.Walau apa pun yg berlaku, abah tetap dihati dan dia adalah hero dan idola aq selama-lamanya.


I Miss you abah!!

Jumaat, Mac 12, 2010

JOM GIG BEB!!!!


HYE ALL!!!

Jom beramai-ramai sertai Gig anjuran Sound Machine ni.
Tiap-tiap event diowg nie mmg happening n layann laa..
klu korang nak tiket presale, still available lagi...hanya Rm18 jee
walk in tiket Rm20, So korang da jimat Rm2 dan boleh enjoy the GIG..tunggu ape lagi
HEY HO LETS GO!!!!

Call Radin 017-2456206 for TIKET

CEPAT2!!!!

lagu terbaru dari CNP - Setia??? Kenapa setia?



Ini lagu terbaru dari Coklat Pelangi Band yang dinamakan setia. Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan penuh radin dan disusun semula oleh imal. Lagu ini mengisahkan tentang seorang hati yg setia menunggu walau apa pun yang terjadi...setia gilerr nie..ehek.
Lagu setia ni belum sempat lagi dirakamkan secara official kerana diorang ni tgh sibuk menguruskan hal peribadi masing (tgh cari duit, al maklum la bergerak secara indiependant). So, peminat-peminat CNP bolehlah mendengar sample lagu terbaru setia ni di www.myspace.com/coklatpelangi...
korang komen la bebanyak supaya CNP boleh buat improvement pada masa akan datang.
Sekian