Digital clock

Jumaat, Oktober 01, 2010

Aku, Muzik Dan Alat Muzik

Salam

Muzik adalah gabungan bunyi bunyian yang mengeluarkan bunyi dan menghasilkan irama bertujuan menghiburkan telinga-telinga manusia. Setiap manusia memerlukan hiburan dari pelbagai bentuk supaya hidupnya bersifat normal. Kalau lahhh tak ada hiburan...makk aii...paranormal...memang keras laa semua...cam robot!! hehe..

Sebenarnya elan nie nak story dengan pembaca-pembaca bahawasanya elan ada seorang pencinta seni muzik. Seni lain elan tak ada bakat kot...heheh....Dalam seni lukis...kalau elan lukis manusia, kompem jadi makhluk asing..hihi..tuh memang dah terang terangan tak ada bakat. So elan fokus dan sangat menyintai seni muzik dan nyanyian. Dari kecil lagi, elan memang dibersarkan dan dididik menyintai muzik. Jika dilihat, abah elan juga seorang musician. Pelbagai alat muzik abah main seperti gitar, bass, double bass, alat muzik tiupan dan macam-macam lagi. So, elan nie ikut jejak langkah abah la kot..

Bagi elan sendiri, elan lebih gemar menulis lirik dan mencipta melodi sendiri. Pelbagai lagu telah elan cipta dan antaranya mendapat sambutan yang baik. So, elan akan teruskan usaha untuk perbaiki dimana kelemahan dari segi skill gitar dan hasil penulisan lagu. Semua elan akan perbaiki dari masa ke semasa insyaallah. Insyaallah juga, seni muzik ini akan terus ditanam didalam hati elan. Mungkin suatu hari nanti, apabila kita berusaha dengan sesuatu yang kita minat, akan membuahkan hasil yang menarik. cool beb!
Baru-baru nie, elan telah membuat pembaharuan dimana elan telah memiliki gitar yang baru. menggantikan gitar les paul yang telah dijual tahun lepas. So, dah boleh gorengg!!!  kat umah. Rakan seperjuang elan...cewah..imal  pun sudah membeli gitar yang baru. Kompem lah lepas nie dah boleh perform. Dah lama tak naik stage. Memang menggigil la balik..shake it bebeh!!...hehaaa.

Ini dia gitar baru elan aka machine setan (devil machine) waawahahah...


Spesifikasi

Brand: Maison
Made in: Korea
Fret: 21 fret
Pick up: De maria (modified)
Warna: white cream
Harga: Rahsia....wakkaka...cari la sendiri yok!

Gitar nie alhamdulillah best lah sebab dia dapat hasilkan pelbagai bunyi. Antara bunyi yang boleh dihasilkan gitar nie:

* Bunyi katak nak mengawan
* Bunyi anjing dilanggar lari kereta
* Bunyi semut lumba lari

hehehee....overall memang marvelous la sound dia...tiap-tiap malam elan gorengg  sampai kene sound dek jiran sebelah. hehehh....

Tiada ulasan: