CNP Band dahulu dikenali dengan nama Coklat Pelangi Band dengan single terbaru "kau terus pergi".
Selasa, April 06, 2010
Episod 2 : Kerja Oh! kerja
Episod 2
Dan selepas dia mengaku ada seseorang dihati dia, elan cuba elakkan dari hubungi dia. Cuba nak larikan diri dan perasaan elan dari dia. Elan pun mula bekerja di Kuala Lumpur. Masa tuh keje di Jalan Tun Razak KL dekat dgn Bank Of China. Elan bekerja sebagai IT Technician Department Customer support. Dapat kerja kat situ pun sebab poksu yang recommend kan kat boss dia. Itulah Platform pertama elan bekerja dalam bidang yang elan belajar. Memang best la keje kat situ, kawan-kawan semua memang cool lahh..Kak Liza,mahfuza,Zul,Poksu,wak dan midi semua ok, satu kepala. Bila kerja tu kita enjoy,so all the work will be succesfull. Banyak kerja-kerja site elan involved, Mara HQ,Institut pendidikan perubatan dan balai seni lukis. Pada masa yang sama,elan dapat melupakan si DIA. Elan bekerja di SEPAKAT tak lama. Hanya 2,3 bulan je.Lepas tu elan berhenti sebab syarikat yang elan bekerja tu mengalami krisis projek dan kewangan yang teruk sampai gaji semua staff sangkut. Elan pun berhenti la disebabkan ada komitmen untuk bayar bulanan kereta dan tanggungan diri. Elan pun berpindah semula ke MELAKA dan mencari kerja-kerja dalam bidang yang sama. Sayang sekali, di melaka memang susah untuk cari kerja yang sama seperti di SEPAKAT. Memang tak ada kot..hehe..Elan pon semakin tertekan, kereta da 2 bulan tak bayar. Takut kene tarik je..Elan pun ambil keputusan untuk bekerja di sebuah hotel terkemuka di Melaka. Its Bayview Hotel Melaka. Elan bekerja disana sebagai BELLMAN. BELLMAN jee???? Nak buat macam mane, itu je keje yang elan dapat masa tuh. Nak ke tak nak, kene keje sbb nak bayar bulanan kereta. Pening gak kepala masa tu. Elan kerja di Bayview 2 bulan dan elan berhenti selepas imal beritahu ada kerja kosong di Shah Alam. Kerja tu mmg sesuai dgn elan sbb jawatan yang ditawarkan adalah IT TECHNICIAN office support.
So, tanpa berlengah elan set interview dan alhamdulillah elan dapat kerja tu. Rezeki Allah beri, kita perlu berusaha dan tawakal jelaa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan