Digital clock

Selasa, Jun 28, 2011

Kehidupan semalam, hari ini dan esok

Salam,

Ini adalah kisah hidup aq sebagai seorang manusia biasa yang selalu membuat salah, silap apatah lagi dosa. Aq insan biasa yang sangat lemah dari segala-gala sudut.

Tapi....itu adalah semalam. Bermula hari ini, esok dan akan datang...aq cuba sedaya upaya menjadi insan yang lebih baik, mulia dan beragama. Islam itu agama kita yang perlu kita sanjung tinggi dan perlu kita banggakan. Bukan sekadar tercatat pada kad pengenalan kita, tapi kita perlu menjalani semuanya sebagai seorang islam.

Dulu, aq selalu tinggalkan solat, tidak menekankan akan dosa dan pahala. Tidak beribadah. Jauhnye aq tersimpang..gelak ketawa bersuka ria...Lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia. Sedangkan aq tahu bahawa kita akan kembali kepadanya kelak. Dan segala perbuatan kita akan dihitung...samada lebih berat dosa atau lebih berat pahala semasa hidup didunia. Teruknye aq...tinggalkan solat sampai hampir terlupa bacaan dalam solat dan perkara yang paling basic dalam melakukan solat. Ya ALLAH, jauhnya aq...

Dan hari ini, aq berazam untuk mengubah segalanya...menunaikan segala yang wajib...yang dituntut...INSYAALLAH.

Doa-doakan aq menjadi insan yang lebih baik ye..

Dalam solat semalam, aq sampai menangis...

Ya ALLAH Ya tuhanku, ampunkan segala dosa-dosaku,teman-temanku, sahabat-sahabat dan kedua ibubapaku. Lindungilah hambaMu yang lemah ini. AMIN.

Tiada ulasan: