Jumaat, Mei 27, 2011

Hari-hari ke hari tersebut....:)

Salam,

Hari ini hanya tinggal 168 hari sahaja lagi menuju ke alam perkahwinan. Apa yang aq perlu ada?

Aq perlu sediakan diri dengan :

1) Duit
2) Pikul tanggungjawab
3) Fizikal dan Mental
4) Agama


Ulasan untuk yang diatas:

1) Duit tu insyaallah akan usahakan dengan cara apa sekali pun dan mungkin buat sederhana je. Lagi pun, agama kita pun menuntut supaya bersederhana dalam segala kehidupan didunia.

2) Lepas nie, aq akan menambah lagi tanggungjawab diri iaitu mendidik isteri ke arah yang lebih baik dan menjadi isteri yang solehah. Amin

3) Fizikal dan Mental- Aq akan siap sedia mental aq nie supaya bini aq xmental dengan aq...heheheh....dan aq akan sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala kemungkinan, suratan dan dugaan hidup berkeluarga. Fizikal kene sediakan tak? kene ehh....okeh, aq juga akan sediakan fizikal yang mantop! untuk segala pekerjaan dirumah. Takkan la nak suruh bini angkat bende-bende berat...kejam woo...aq nie baik hati, tak nak bini denn susah-susah..Peranan seorang suami ialah membantu isteri membuat semua kerja di rumah. Bantu membantu lah sesama. Itu akan lebih cool....:)

4) Dari segi agama, aq memang selalu bocor la bab sembahyang nie. Aq akui dan aq ada keinginan untuk berubah kejalan yang lebih baik. Selalu jaga solat dan selalu mengaji. Itu adalah wajib...dan insyaallah niat yang baik, Allah sentiasa kuatkan kita menuju ke arahnye. Dan....bila dah berumah tangga, adalah menjadi tanggungjawab aq untuk menegur, nasihat dan membimbing isteri supaya sama-sama membuat segala yang dituntut tersebut. Insyaallah.





Tiada ulasan: