Salam 1 Malaysia,
Semalam adalah semalam, harap hari ini dan esok akan lebih baik dari semalam. Inilah diri aq yang selalu dan suka mengimbas hari-hari lepas yang telah dilalui. Aq akan imbas kembali semua yang telah dijalani samada ia memberi manfaat atau sebaliknye. Kita nie manusia biasa yang mana selalu je berkawan dgn kesilapan. Tapi kita perlu sedar dan berubah untuk tidak melakukan kesilapan sama berulang kali. Ye, aq akur dengan semua perangai aq yang sedia ada. Kadang-kadang bila penat balik keje, muka masam...tak ada mood...dan rasa nak duduk diam je (tak hyper la)..Tapi....semua tuh adalah emosi kita, perasaan kita yang mana kita boleh control dia. Jangan lah kerana penat bekerja, orang lain menjadi mangsa untuk kita lepaskan. Aq cuba jaga perasaan orang sekeliling aq dengan sebaik mungkin. Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan