Jumaat, Mei 27, 2011

Hantaran untuk aq

Salam,

Hantan untuk aq:

1) Clinique Perfume for men



2) Kasut


3)  Set wallet dan belt


4) Set pencuci muka Loreal Men Xpert







5) Chocolate Bounty



6) Kemeja Seed/Padini



7) Sirih Junjung






8) Jam Tangan





9) Kain Songket






10) Cupcakes





11) Akan ditetapkan oleh Cik Isteri
12) Akan ditetapkan oleh Cik Isteri
13) Akan ditetapkan oleh Cik Isteri


Hari-hari ke hari tersebut....:)

Salam,

Hari ini hanya tinggal 168 hari sahaja lagi menuju ke alam perkahwinan. Apa yang aq perlu ada?

Aq perlu sediakan diri dengan :

1) Duit
2) Pikul tanggungjawab
3) Fizikal dan Mental
4) Agama


Ulasan untuk yang diatas:

1) Duit tu insyaallah akan usahakan dengan cara apa sekali pun dan mungkin buat sederhana je. Lagi pun, agama kita pun menuntut supaya bersederhana dalam segala kehidupan didunia.

2) Lepas nie, aq akan menambah lagi tanggungjawab diri iaitu mendidik isteri ke arah yang lebih baik dan menjadi isteri yang solehah. Amin

3) Fizikal dan Mental- Aq akan siap sedia mental aq nie supaya bini aq xmental dengan aq...heheheh....dan aq akan sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala kemungkinan, suratan dan dugaan hidup berkeluarga. Fizikal kene sediakan tak? kene ehh....okeh, aq juga akan sediakan fizikal yang mantop! untuk segala pekerjaan dirumah. Takkan la nak suruh bini angkat bende-bende berat...kejam woo...aq nie baik hati, tak nak bini denn susah-susah..Peranan seorang suami ialah membantu isteri membuat semua kerja di rumah. Bantu membantu lah sesama. Itu akan lebih cool....:)

4) Dari segi agama, aq memang selalu bocor la bab sembahyang nie. Aq akui dan aq ada keinginan untuk berubah kejalan yang lebih baik. Selalu jaga solat dan selalu mengaji. Itu adalah wajib...dan insyaallah niat yang baik, Allah sentiasa kuatkan kita menuju ke arahnye. Dan....bila dah berumah tangga, adalah menjadi tanggungjawab aq untuk menegur, nasihat dan membimbing isteri supaya sama-sama membuat segala yang dituntut tersebut. Insyaallah.





Semalam, hari ini dan esok

Salam 1 Malaysia,

Semalam adalah semalam, harap hari ini dan esok akan lebih baik dari semalam. Inilah diri aq yang selalu dan suka mengimbas hari-hari lepas yang telah dilalui. Aq akan imbas kembali semua yang telah dijalani samada ia memberi manfaat atau sebaliknye. Kita nie manusia biasa yang mana selalu je berkawan dgn kesilapan. Tapi kita perlu sedar dan berubah untuk  tidak melakukan kesilapan sama berulang kali. Ye, aq akur dengan semua perangai aq yang sedia ada. Kadang-kadang bila penat balik keje, muka masam...tak ada mood...dan rasa nak duduk diam je (tak hyper la)..Tapi....semua tuh adalah emosi kita, perasaan kita yang mana kita boleh control dia. Jangan lah kerana penat bekerja, orang lain menjadi mangsa untuk kita lepaskan. Aq cuba jaga perasaan orang sekeliling aq dengan sebaik mungkin. Insyaallah.

Khamis, Mei 26, 2011

Tudung oh tudung!!

Salam....:)



Tajuk pun tudung kan?? mestilah berkenaan si tudung nie...huhu.
Actually nak citerrr something berkenaan kes tudung nie...
Kita mulakan dengan bismillah ye kawan-kawan. Dan tersebut al-kisah aq dan cik bini ke uptown Shah Alam untuk mencari tudung. So, kami pun pusing-pusing laa sekitar uptown untuk cari tudung. Katanya nak cari tudung "jojet", betul ke idakkk aq eja nie...tettt...(baru belajar dari cik bini) hihiih.. dan jumpalah kedai-kedai tudung yang cantik-cantik dan pelbagai pilihan, pelbagai jenis, pelbagai warna dan pelbagai harga. Aq rasa pening la cari tudung sebab banyak sangat la pilihan. Bila cari tudung je, datang la sawan aq iaitu "sawan muka blurr". Nasib baik xda buih macam sawan Bab 1..hehehe...So, cik bini pun tanya pendapat aq, tudung mane nak dia pakai. Tapi aq nie kayu sikit bab2 pilih tudung, baju kurung dan lebih-lebih lagi warna. Memang fail laaa..!!! Kalau exam tuh memang bawah sikit dari "G"...huhuhu..(sorry syg)

Pengetahuan aq tentang tudung sekitar 2011 nie yee...aq tau tudung bawal, selendang dan tudung bibik je...yang lain belum explore mungkin sebab aq xpakai tudung kot...hehehe...klu aq pakai mmg macam pondan tak siap la...muntah friskies la jawabnye sape yang tengok. Dan aq dah melalut nie...Back to our story pasal tudung la ye. So, cik bini minta pendapat aq yang mane ok dia nak pakai untuk ke cameron nie. Aq pon blurr dan bg mimik muka yang buat dia tension..."lain kali xyah ikut la, biar syg g sorang pon xpe". Aikk, sama je skrip macam mama dennn....so, kesimpulan dia, aq mmg blurr bab nie...kadang-kadang barang aq sendiri pun aq blurr nk pakai ape...tgk la fashion aq, makin lama makin sengal je...entah pape pakai...dah macam apek jual CD harem pon ada...Dah takde seni kot...huhuh...(syg, format b balik ea) kasi install Windows fashion baru...huhuhu...

Penutup: Cik bini tak jadi beli tudung dan aq kene marah!! aiiyooo, dia ngajuk...aiyooo...xtauuu sape buat....

B nanti akan belajar lebih bab-bab mencari tudung nie dari semasa ke semasa....ILYSM laa!!