Selasa, Jun 01, 2010

Yang terakhir...:)


Ayah...Abah...Abi...dady...Papa...dan bapa...

Semua di atas adalah orang yang sama dlm hidup kita iaitu seorang ketua keluarga dan insan yang menghasilkan kita selepas ikatan perkahwinan dengan ibu kita. Jika dia tak ada, maka kita pun takkan ada dimuka bumi yang serba indah ini. Kasih sayang antara Ayah dan Ibu semestinya sangat berbeza. Selalunya, anak perempuan sangat rapat dengan ayahnya manakala anak lelaki pula akan rapat dengan si ibu. Tetapi, kedua-dua pasangan ini memberikan kasih dan sayang sama rata kepada semua anak-anaknya.

Kalau ditanya, "yang mane awak lebih sayang, ayah atau ibu?? pasti saya akan menjawab "mestilah saya sayang mama saya ni".

dan ditanya lagi

"Bagaimana dengan ayah awak??"

mungkin dulu saya akan jawab

"entahlah, abah balik seminggu sekali je...tak tahulah dia sayang saya atau tidak"

dan jawapan saya sekarang jika ditanya soalan yang sama

"Bagaimana dengan ayah awak??"

Pasti saya akan jawab

"alangkah baik kalau saya kenal dan rapat dengan abah dari dulu. Sebab abah memang sayangkan semua. Walaupun abah memiliki 4 isteri, pada masa yang sama abah mengajar saya hidup berdikari sendiri dan mampu berfikir sendiri. Abah banyak mengajar saya menjadi seseorang yang baik. Antaranya ialah:

1) Selalu lakukan sedekah dan jangan kedekut. Rezeki kita pasti akan ada jika kita tidak kedekut dan tamak.

2) Mengaku salah walau lambat atau cepat

3) Belajar dan kuasai bahasa inggeris sebab bahasa ni adalah bahasa antarabangsa dan sangat diperlukan sewaktu saya dialam pekerjaan.

Oleh kerana abah mempunyai empat isteri dan empat keluarga, sebagai anak. Pastinya saya berasa serba kekurangan kasih dan sayang dari seorang bapa sehinggalah saya habis alam persekolahan, barulah saya mula rapat dan selalu berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang menyatukan kami adalah memiliki minat yang sama terhadap kelab bolasepak eropah iaitu Manchester United. Boleh dikatakan setiap perlawanan siaran langsung Manchester United akan kami tonton bersama.

Apa yang saya tidak mahu ulangi lagi:

1) Kahwin lebih dari satu- Saya tidak mahu anak-anak saya rasa sama seperti yang saya rasa dahulu

2) Tidak bergaul dengan kawan yang akan menikam diri sendiri ( malaun togei)

Apa yang saya mahukan dan kekalkan:

1) Menyokong kelab bolasepak Manchester United laa- Kerana kelab ini memberi dan mengimbau kenangan sewaktu bersama abah. Walaupun kejap.

2) Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun sudah berumah tangga nanti

3) Mempelajari dan menguasai bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris

4) Tidak mudah lupa diri dan selalu bersedekah

5) Setia dan sayangi pasangan dan anak-anak dengan penuh kasih dan sayang

6) Mengakui kesalahan dan tepiskan sikap ego lelaki.persetan kau...ehhee

7) Sentiasa ingat pada yang maha Esa

Penatlah nak tulis...haha....tapi terlalu banyak idea.


Kalau korang nak baca lagi...tunggu la bila aq dah tak penat nanti, aq tulis okeh...

2 ulasan:

Rdya berkata...

really2 like it.. =)
so touch n sweet!!

Cyber Dot Com berkata...

TQ so much kerana menyukainya...:)