Rabu, April 28, 2010

Mane hilang Coklat Pelangi Band??


Dah lama tak kedengaran band coklat pelangi ni kan. Band CNP ini masih wujud tetapi semua ahli tengah menguruskan hal peribadi masing-masing. Dengarnya CNP akan buat pembaharuan dan penambahan ahli tahun ini. Dahulunya CNP hanya memiliki Elan (Vocal & Rhythem), Imal (Gitaris utama), Dell (bassis) dan Apis (Drummer). Kali ini CNP ingin membuat penambahan ahli iaitu fatin sebagai keyboardis. CNP inginkan kelainan sedikit kali ini untuk meningkatkan kualiti persembahan mereka dalam mencipta lagu dan musik sendiri. Harap-harap dengan penambahan ahli baru ini dapatlah CNP tingkatkan mutu kerja dan dapat mencipta lagu-lagu yang akan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat Malaysia khususnya remaja-remaja. Antara lagu yang akan dimuatkan dalam single CNP ialah Sisa Bayangan,Separuh Mati, Lompat-Lompat,Khayalan,Setia,Kamu,Expresi Emosional dan banyak lagi. CNP adalah sebuah band indie yang perjuangkan genre pop rock dan glam metal. Sebuah genre yang tidak terlalu keras tetapi pendengar akan berasa hyper apabila mendengar. Insyaallah CNP akan dapat selari dengan band-band indie lain yang telah berjaya.

Selasa, April 13, 2010

Langkah yang baru


Episod 3

Sebelum elan memulakan kerja ditempat yang baru, elan mmg tak tau kat mane syarikat leadcom tu. So elan minta pertolongan dari kawan band elan,imal untuk tunjukkan jalan ke syarikat tersebut. Pada malam sebelum memulakan kerja, imal bawa elan bersiar-siar sekitar seksyen 33 shah alam. So elan serba sedikit dapat menghafal jalan yang akan elan lalui untuk ke LEADCOM. Selepas puas bersiar-siar, elan dan imal beredar dan mencari restoran untuk santapan malam. cehh,skema ayat...ahakss. Elan makan disebuah restoran berdekatan sahaja dari rumah imal. Tak mahu makan jauh,al maklum laa takut bangun lambat pada hari pertama bekerja. Selepas makan, kami pulang ke rumah "time to sleep!!". Pada keesokannya, elan bangun awal. Pukul 7 dah terbuka mata sebab too excited sebab permulaan hidup baru elan. Kerja yang elan idam-idamkan dan cari selama ini akhirnya menjadi milik elan. Elan melapor diri di HR Dept pada pagi itu. HR officer di syarikat ini adalah Lily Suria namanya. Dia yang uruskan elan tentang rules dan etiqa sebagai staff disana. Elan diterangkan tentang core business syarikat ini iaitu base on tender untuk Broadcasting,multimedia dan IT/ICT. So mase elan masuk memang banyak tender sedang berjalan. Elan sampai di satu sesi iaitu sesi kenal diri pada semua staff. Elan diperkenalkan oleh kak Lily kepada semua. Semua staff menyambut kedatangan elan dengan senyuman dan ucapan welcome to Leadcom. Wahh, happy lah pada hari kejadian. Finally elan dah ada kerjaya sendiri. Nasib baik elan ada juga pengalaman hampir setahun dalam bidang IT sebab sebelum ini kan elan bekerja sebagai technician IT customer support. Kalau tiada pengalaman, memang susah untuk dapatkan pekerjaan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Pasal si dia???

Selasa, April 06, 2010

Episod 2 : Kerja Oh! kerja


Episod 2

Dan selepas dia mengaku ada seseorang dihati dia, elan cuba elakkan dari hubungi dia. Cuba nak larikan diri dan perasaan elan dari dia. Elan pun mula bekerja di Kuala Lumpur. Masa tuh keje di Jalan Tun Razak KL dekat dgn Bank Of China. Elan bekerja sebagai IT Technician Department Customer support. Dapat kerja kat situ pun sebab poksu yang recommend kan kat boss dia. Itulah Platform pertama elan bekerja dalam bidang yang elan belajar. Memang best la keje kat situ, kawan-kawan semua memang cool lahh..Kak Liza,mahfuza,Zul,Poksu,wak dan midi semua ok, satu kepala. Bila kerja tu kita enjoy,so all the work will be succesfull. Banyak kerja-kerja site elan involved, Mara HQ,Institut pendidikan perubatan dan balai seni lukis. Pada masa yang sama,elan dapat melupakan si DIA. Elan bekerja di SEPAKAT tak lama. Hanya 2,3 bulan je.Lepas tu elan berhenti sebab syarikat yang elan bekerja tu mengalami krisis projek dan kewangan yang teruk sampai gaji semua staff sangkut. Elan pun berhenti la disebabkan ada komitmen untuk bayar bulanan kereta dan tanggungan diri. Elan pun berpindah semula ke MELAKA dan mencari kerja-kerja dalam bidang yang sama. Sayang sekali, di melaka memang susah untuk cari kerja yang sama seperti di SEPAKAT. Memang tak ada kot..hehe..Elan pon semakin tertekan, kereta da 2 bulan tak bayar. Takut kene tarik je..Elan pun ambil keputusan untuk bekerja di sebuah hotel terkemuka di Melaka. Its Bayview Hotel Melaka. Elan bekerja disana sebagai BELLMAN. BELLMAN jee???? Nak buat macam mane, itu je keje yang elan dapat masa tuh. Nak ke tak nak, kene keje sbb nak bayar bulanan kereta. Pening gak kepala masa tu. Elan kerja di Bayview 2 bulan dan elan berhenti selepas imal beritahu ada kerja kosong di Shah Alam. Kerja tu mmg sesuai dgn elan sbb jawatan yang ditawarkan adalah IT TECHNICIAN office support.
So, tanpa berlengah elan set interview dan alhamdulillah elan dapat kerja tu. Rezeki Allah beri, kita perlu berusaha dan tawakal jelaa.

Khamis, April 01, 2010

Al-Fatihah To Abah..


Al-Fatihah kepada Ayahanda Radin Amir Radin Suhadi (19.03.1947 - 27.03.2010).

Semoga Allah menempatkannya di tempat yang mulia di sisi Nya. Amin

Begitu banyak kenangan manis dan pahit telah kami lalui bersama, tp telah tiba masanya abah meninggalkan kita semua.Walau apa pun yg berlaku, abah tetap dihati dan dia adalah hero dan idola aq selama-lamanya.


I Miss you abah!!